Home Artikel PAS Sarawak

Belasungkawa Untuk Cikgu Hasenan Harun

308
SHARE

    

انا لله وانا اليه راجعون

Mendapat berita ;

Cikgu Hasenan Harun YDP PAS Maran merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh(HOSAS) sebentar tadi.

PAS Bintulu ingin merakamkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum. Pada PRN Sarawak yang ke-11(2016), beliau telah mengetuai jentera Pilihanraya PAS Pahang bagi membantu gerak kerja PAS Bintulu yang bertanding di DUN Jepak.

Hatinya dekat kepada Sarawak kerana isteri beliau merupakan anak jati Sarawak yang berasal daripada Sarikei. Semoga segala amalan baiknya diterima oleh Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah…

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

ZHARUDIN NARUDIN
YANG DI-PERTUA
PAS KAWASAN BINTULU