Roslan SMS
62 tahun negara Merdeka tahun ini.
Nama asal bumi bertuah ini Tanah Melayu. Tanah pusaka yang dibangun, dipertahan, dimaju dan diusahakan anak-anak watan hinggalah kedatangan penjajah Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris kembali silih berganti dengan membawa masuk warga migran yang akhirnya menumpang dan turut diterima menghuni bumi kecil ini sebagai warganegara.
Orang Melayu begitu ramah, pemurah tiada bangsa di dunia ini seperti mereka dengan jiwa yang besar berkorban menerima mereka dari luar sebagai sebahagian mereka demi kemerdekaan negara.
Kini 62 tahun bumi berdaulat ini diperintah sendiri tetapi rupanya kekayaan tempatan bukan milik mereka lagi. Tiada tokoh, hartawan maupun bangsawan Melayu rupanya mampu setanding dengan yang bukan Melayu walau bumi ini asalnya milik Melayu.
Apalah nasib kita agaknya?
Berikut senarai 10 rakyat Malaysia terkaya menurut Forbes Malaysia Rich List 2019
Jumlah kekayaan mereka mencecah USD58.3 bilion bersaamaan RM238.5 bilion. Untuk rekod mengikut Bajet 2019, hasil Kerajaan Persekutuan termasuk dividen khas PETRONAS dijangka RM261.8 bilion atau 17.1% daripada KDNK iaitu kurang RM23.3 bilon dari jumlah kekayaan 10 warga bertuah di bawah.
Dahlah kekayaan milik mereka, menurut kajian ILHAM CENTRE dan Penang Institue pula 62.9% dari orang Melayu yang dikaji percaya Kerajaan Persekutuan hari ini didominasi wakil rakyat bukan Melayu.
Menang sorak rupanya kita ……
The top 10 richest in Malaysia are:
1. Robert Kuok; US$12.8 billion
2. Quek Leng Chan; $9.4 billion
3. Teh Hong Piow; $6.7 billion
4. Ananda Krishnan; $6.2 billion
5. Lee Shin Cheng; $5.4 billion
6. Chen Lip Keong; $5 billion
7. Lim Kok Thay; $4.4 billion
8. Lau Cho Kun; $3.4 billion
9. Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng; $2.6 billion
10.Kuan Kam Hon; $2.4 billion
TIDAK ADA ORANG MELAYU DALAM SENARAI 10 TERKAYA DI MALAYSIARoslan SMS62 tahun negara Merdeka tahun ini. Nama asal…
Posted by Roslan on Thursday, March 14, 2019