Home Artikel PAS Johor

Di Saat Parti Lain Hanya Jaguh di FB, (JAM) Sudah Pun Masuk Ke Tempat Kejadian

8,260 views
SHARE

Di Saat Parti Lain Hanya Jaguh di FB, (JAM) Sudah Pun Masuk Ke Tempat Kejadian

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Pasir Gudang : Dalam hal berkaitan bencana seperti ini, tidak dapat dinafikan PAS sentiasa di hadapan.

“Di saat parti-parti lain hanya jaguh di Wall FB, JAM (Jabatan Amal Malaysia) sudahpun masuk ke tempat kejadian” demikian ujar salah seorang mangsa, yang turut terkena tempias susulan kes terhidu gas beracun di sini, semalam.

Tambahnya lagi, sebak dengan kejadian menimpa, keluhuran budi JAM yang sanggup bergadai nyawa dan tenaga menghulurkan bantuan kecemasan kepada masngsa menimbulkan rasa keinsafan dan terharu mangsa terlibat.

Sementara itu, menurut saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat yang turut bergegas ke lokasi kejadian berkata beliau kesal dengan kerajaan yang dilihat tidak memandang serius isu ini.

“Saya diberitahu oleh penduduk di sini, pencemaran ini sudah berpanjangan hampir seminggu, tapi langsung tiada tindakan dari pihak yang berautoriti.”

Sudah jatuh ditimpa tangga, mangsa turut terkilan dengan kenyataan MB Johor yang dilihat kurang sensitif dengan isu yang menimpa.