Home Berita PAS Melaka

Tiada solat Aidilfitri di Markaz PAS Jalan Hujan Panas esok

86
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 12 Mei : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman menjelaskan bahawa tiada solat sunat Aidilfitri akan dilangsungkan di Markaz PAS Masjid Tanah, di Jalan Hujan Panas esok.

Tambah beliau, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat dan keluasan ruang solat di markaz itu menjadikan ianya tidak praktikal untuk dilaksanakan pada tahun ini.

“Seperti yang kita tahu, kita baru sahaja memasuki PKP sekali lagi. Ada banyak SOP yang perlu kita patuhi. Kita bimbang takut-takut berlaku perlanggaran SOP.

“Lagi pun apabila kita buat penjarakan (fizikal) ni perlu banyak ruang. Dalam situasi biasa tahun-tahun sebelum ini pun biasanya jemaah yang datang melimpah. Sampai keluar. Kita takut tak cukup ruang solat,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.

Beliau turut melahirkan rasa sayu kerana tidak dapat menjalankan upacara yang telah menjadi kalendar tahunan markaz ini sejak puluhan tahun.

“Memang sedih. Selama ni kita memang dah berpuluh tahun dirikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha di sini pada setiap tahun. Tapi kali ini tidak dapat.

“Tahun lepas pun sama. Kita tidak dapat buat juga. Juga kerana PKP. Memang sedih. Tapi apa boleh buat. Kita dilanda musibah yang kita tidak minta. Sesuatu yang melanda seluruh dunia,” tambah beliau lagi.

Beliau turut menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP dalam kehidupan seharian agar situasi ini kembali normal dan rakyat Malaysia boleh melakukan aktiviti kebiasaan mereka semula.

“Sama-sama kita berdoa semoga pada hari raya Aidiladha nanti kita dapat sama-sama melakukan solat sunat hari raya di markaz semula,” ujar beliau mengakhiri perbualan.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .