Home Berita PAS Negeri Sembilan

PN berjaya pecah kubu kuat UMNO & PH di Negeri Sembilan

79
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

JEMPOL, 13 Ogos – Perikatan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri semalam.

Lima kerusi daripada 36 kerusi itu adalah tiga daripada PAS dan dua daripada Bersatu.

N05 Serting menyaksiakan Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa (10,312 undi) menewaskan calon Barisan Nasional Muhammad Zamri Omar (9,469 undi) dengan majoriti 843 undi.

N20 Labu, calon Perikatan Nasional Mohamad Hanifah Abu Baker (11,661 undi) menewaskan Pakatan Harapan, Ismail Ahmad (10,021 undi) dengan majorit 1,640 undi.

N25 Paroi menyaksikan calon Perikatan Nasional Kamarol Ridzuan Mohd Zain (23,840 undi) menewaskan Pakatan Harapan Norwani Ahmad (18,301 undi) dan calon Bebas, Ahmad Syakir Fitri (944 undi) dengan majoriti 5,539 undi.

N31 Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria (10,921 undi) dari Perikatan Nasional menewaskan Barisan Nasional Mohd Najib Mohd Isa (7,495 undi) dengan Majoriti.

Manakala N34 Gemas, Ridzuan Ahmad (11,653 undi) dari Perikatan Nasional menewaskan Barisan Nasional, Abd Razak Ab Said (8,533 undi) dengan majoriti 3,120 undi.

Pada PRU-14 yang lalu, Parti Keadilan Rakyat berjaya memenangi 20 kerusi sekaligus memerintah Negeri Sembilan dengan menewaskan Barisan Nasional yang hanya 16 kerusi sahaja.

Pilihan Raya Negeri kali ini pula menyaksikan Pakatan Harapan mendapat 17 kerusi, Barisan Nasional 14 kerusi manakala Perikatan Nasional 5 kerusi.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abd Ghani Salleh, tiada mana-mana parti yang berjaya perolehi majoriti melebihi 50 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan.