Home Berita PAS Kedah

Tiada makanan untuk berbuka dan bersahur; PAS Kawasan Langkawi tampil membantu

632
SHARE

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 12 APRIL – Kisah sedih perkongsian Norshada tentang kawan anaknya yang tidak mempunyai makanan untuk berbuka dan bersahur telah mendapat perhatian daripada PAS Kawasan Langkawi.

Melalui perkongsian Norshada di facebooknya yang bernama Norshahada Shada, anaknya Iskandar menghulurkannya sekeping kertas yang tersenarai 7 barangan dapur di dalamnya.

Iskandar memberitahu bahawa kertas tersebut adalah daripada kawannya. Iskandar memberitahu bahawa kawannya itu tidak mempunyai makanan untuk berbuka dan bersahur.

Norshada yang simpati akan nasib yang menimpa kawan Iskandar itu, telah memuat naik salah satu nombor telefon keluarga kawan Iskandar di Facebook bagi tujuan memudahkan urusan sesiapa yang ingin membantu mereka.

Menurut Norshada, kawan Iskandar hanya duduk bersama atuk dan nenek kerana Ibu bapanya telah berpisah. Atuknya yang buta menyebabkan hanya neneknya sahaja yang bekerja.

Setelah mendapat perkhabaran tentang hal ini, PAS Kawasan Langkawi turun ke lapangan bagi memberi sedikit sumbangan untuk meringankan beban mereka.

Bagi yang ingin membantu boleh hubungi  012 5189411 (nenek) ataupun boleh berhubung dengan Norshada sendiri untuk mengetahui keberadaan rumah mereka.