Home Berita PAS Kedah

TIADA DANA JUDI, KEDAH BEBAS JUDI

181
SHARE

Kenyataan Media Perhubungan PAS Kedah

TIADA DANA JUDI, KEDAH BEBAS JUDI

Pada 5 Disember 2022, PMX berkata dalam sidang media bahawa ‘parti Melayu’ dan ‘parti Islam’ merujuk kepada PAS/PN telah ambil dana pilihan raya daripada syarikat perjudian.

Habis hiruk-pikuk dibuatnya.

Golongan penyokong beliau tanpa mengambil peduli bukti yang kukuh terus membelasah kepimpinan TGHH dan TSMY.

Keesokannya, PMX dalam sidang media di MOF mengulangi tuduhan bayangan beliau.

PMX kata kepada Dato’ Taki, SUA PAS, jangan gopoh dan dokumen (bukti) ada bersamanya.

Semalam, akhirnya tuduhan itu terjawab dengan jelas. Sangat jelas.

Tiada dana judi. Titik.

Jawapan ini direkodkan dalam penyata rasmi Dewan Rakyat, bukan sembang kedai kopi.

PN bukan sahaja tidak ambil dana PN, bahkan Kedah jadi negeri seterusnya hentikan operasi premis judi.

5 Disember 2022 PMX tuduh PN ambil dana judi, 1 Januari 2023 YAB Menteri Besar tunai janji tutup premis judi.

Kalau dapat dana judi takkan sanggup nak tutup.

Jadi, PMX telah terbukti menipu, MB Kedah terbukti benar.

Alhamdulillah, undi PN, kongsi pahala.

“Sayangi Kedah Sejahtera”

“Malaysia Sejahtera”

NASRUN BIN OTHMAN

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah

25 Mei 2023