Home Kenyataan Media PAS Perlis

Tiada alasan munasabah desak PRU segera

117
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
TIADA ALASAN MUNASABAH DESAK PRU SEGERA

PAS Perlis menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin yang menggesa Presiden Umno agar tidak meneruskan desakannya supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Sokongan ini berdasarkan kepada dua faktor, pertama kerajaan yang ada pada hari ini sedang bertungkus-lumus memulihkan keadaan negara dan rakyat yang masih terkesan akibat pandemik yang melanda dunia dan kedua, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih stabil hasil dukungan semua pihak termasuk pembangkang.

Justeru, PAS Perlis melihat tiada sebab yang munasabah untuk segera diadakan PRU15.

PAS Perlis akan terus memberikan komitmen yang tinggi untuk bersama-sama kerajaan yang ada pada hari ini bagi mempercepat usaha pemulihan negara agar kehidupan rakyat akan terus terbela.

PAS Perlis juga menyeru semua pihak supaya menghentikan ‘politiking’ yang berlebihan serta tidak mengheret rakyat dalam konflik perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

Sekian

“Islam Menyatukan Ummah”

MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua Penerangan PAS Perlis
13 Jun 2022 | 14 Zulkaedah 1443H