Home Berita PAS Johor

TGHH ; Johor Sedia Terima Kunjungan Dua Pimpinan Besar PAS Pusat

5321
SHARE

TGHH ; Johor Sedia Terima Kunjungan Dua Pimpinan Besar PAS Pusat

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

JOHOR : Seluruh jentera PAS Johor sedia terima kunjungan pimpinan PAS pusat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, TGHH Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS ke Ceramah Perpaduan Ummah 23 Febuari ini di Parit Tarom, Muar di sini.

Sehari sebelum itu, Yb Senator Ustazah Hjh Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, DMPM bersama dengan Ustazah Wan Hasrina Hassan akan mengadakan siri jelajah TEGAS 1.0 di Hotel Ramada Meridin, Johor Bahru.

Kehadiran dua sosok istimewa ini bertujuan berbincang dan memberi penerangan lanjut berkenaan hala tuju PAS selaku gagasan dakwah di bawah kepimpinan ulamak.

“Sikap melupakan kehebatan syariat Islam yang maha adil daripada sifat ilmu dan Kalam Allah telah menyebabkan ramai diperbodohkan menerusi peristiwa pembunuhan kejam terhadap wartawan almarhum as-syahid Jamal Khshogi.”

Ujar Tuan Guru ketika mengulas berkenaan pembunuhan kejam oleh kalangan yang kononnya mendokong mazhab salafi (wahabi) sehingga taasub membuta tuli dan menjadi pengikut salafi paling ulung yang bertukar menjadi buta dan tuli, sehingga mencermarkan imej Islam yang datang daripada Allah yang Maha Adil.

Demikian memetik ulasan TGHH menerusi minda presiden Rule Of Law: Di Mana Allah.

Dalam pada itu, pelbagai polemik yang berlaku kebelangan ini menuntut penjelasan tertutup oleh presiden sendiri contohnya berkenaan isu kenapa PAS memilih untuk selesai luar mahkamah berhubung isu Sarawak Report.

Justeru, seluruh ahli PAS Johor digesa untuk turun sama ke Ceramah Perpaduan Ummah ini bagi membolehkan mereka memahami strategi perjuangan PAS selaku parti politik dan agen dakwah dengan lebih jelas.