Home Rencana PAS Selangor

TFVPN Selangor menyambut baik “operasi kapasiti lonjak Lembah Klang” – Pengarah TFVPN Selangor

282
SHARE

Task Force Vaksin PAS Negeri Selangor Menyambut Baik “Operasi Kapasiti Lonjak Lembah Klang” – “Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Task Force Vaksin PAS Negeri Selangor

Dunia sedang melihat Malaysia sebagai antara 10 negara paling pantas dalam pemberian vaksin dengan kadar peratus tertinggi penerimaan vaksin harian kepada Rakyatnya ketika ini.

Keupayaan kerajaan dalam memberi Vaksin secara percuma dan mensasarkan pada kawasan-kawasan kritikal kes covid-19 paling tinggi terutama di Selangor dan Kuala Lumpur dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada lonjakan kes covid-19 di Malaysia.

Dengan peruntukan lebih 4 juta vaksin pada bulan Julai di Selangor sahaja kerajaan mensasarkan pencapaian sejumlah 272,000 penerimaan vaksin sehari dalam “Operasi Kapasiti Lonjak” bagi Negeri Selangor dan Kuala Lumpur ini seterusnya sasaran imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera.

Bagi pihak Task Force Vaksin PAS Negeri Selangor, kami menyambut baik stertegi ini yang selari dengan salah satu cadangan PAS kepada kerajaan mengenai ‘Smart Containment’ ini agar satu langkah yang lebih agresif yang perlu diberi tumpuan di Selangor dan Lembah Klang sama ada dari sudut penguatkuasaan PKPD mahupun vaksinasi harian.

Jumlah pesakit covid-19 yang meningkat tinggi dan melimpah di hospital-hospital Kerajaan di lembah Klang perlu juga diberi perhatian sirius oleh kerajaan dan cadangan PAS agar satu koordinasi bersepadu di antara hospital milik Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan dapat dibina.

Bagi memastikan operasi ini berjaya dilaksanakan maka cadangan agar segala sumber atau aset kekuatan semua pihak sama ada swasta, kerajaan negeri dan juga pusat perlu digunakan untuk tujuan tersebut dibawah satu “command centre”.

Semoga cadangan dan usaha ini dapat memberi sinar dan harapan buat negara dan rakyat Malaysia untuk kita bersama keluar dari kemelut pendamik Covid-19 ini.

18 Julai 2021 | 08 Zulhijjah 1442H