Home Rencana PAS Selangor

Kaedah berinteraksi dengan ujian Allah – Pemangku Ketua DUPN Selangor

16
SHARE

May be an image of text that says "ASSELANGOR KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN UJIAN ALLAH "Allah Ta'ala menjadikan bala' (ujian) kepada manusia seumpama seum ubat untuk penyakit dosa-dosa dengan tujuan menyucikannya dan mengangkat darjatnya." Al-Faqir Nik Bakri Nik Mat Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor"

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Al-Faqir Nik Bakri Nik Mat
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor

Pendahuluan

Kenapa Kita Diuji? Jawapan yang paling tepat ialah kerana Allah menyayangi kita dan mengingini agar kita kembali mendekatkan diri kepada-Nya.

Ulamak mengatakan:

جعل الله تعالى البلاء للإنسان كالدواء من داء الذنوب ليطهره ويرفعه.

Maksudnya:
“Allah Ta’ala menjadikan bala’ (ujian) kepada manusia seumpama ubat untuk penyakit dosa-dosa dengan tujuan menyucikannya dan mengangkat darjatnya.”

Kaedah-Kaedah Berinteraksi Dengan Ujian:
Kaedah yang paling tepat ialah kita berinteraksi atas ujian Allah ini dengan ilmu dan amal. Antara kaedah itu ialah.

1. Berinteraksi Dengan Iman & Merasai Kewujudan Allah Ta’ala

Ujian yang ditimpa keatas kita adalah bukti kewujudan Allah yang sedang berinteraksi dengan kita. Maka kita juga hendaklah memahami dan mesti berinteraksi kepada Allah dengan penuh beradab.

Adab berinteraksi dengan Allah ialah beriman, yakin, merasai kewujudan-Nya dan melalui ujian dengan mengikut dan redha atas kehendak-Nya.

Amalan agar kita dapat memahami dan hidup dengan kehendak Allah:
Baca 3x pagi & petang

مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَنْ لَمْ يَشَاءْ لَمْ يَكُنْ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
2. Berinteraksi Dengan Kaedah Merujuk & Membawa Diri Kepada Allah

Sebagai orang mukmin, setiap kali ditimpa musibah dan mendengar musibah hendaklah ia mengembalikan kepada Allah Ta’ala.

Ulamak mengatakan:

يستحب للإنسان الاسترجاع في المصيبة بأن يقول :إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.

Maksudnya:
“Sunat bagi manusia mengembalikan – dirinya – (kepada Allah) apabila berada dalam musibah dengan membaca:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.

Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Baqarah:156.

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.

Maksudnya:
“(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.
Amalan Sebelum tidur bacalah doa ini sebagai bukti segalanya kita kembali kepada Allah.

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ، رَهْبَةً وَرَغْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ.

Maksudnya:
“Wahai Allah, aku menyerahkan jiwaku kepada-Mu. Aku pasrahkan urusanku kepada-Mu. Aku sandarkan belakangku kepada-Mu. Semua kerana rasa takutku dan harapku kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari-Mu kecuali dengan kembali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan dengan Nabi yang engkau utus.”
Sesiapa yang membacanya:

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika engkau mati setelahnya maka engkau mati dalam keadaan fitrah”.

3. Berinteraksi Dengan Kaedah I’tiraf & Mengakui Diri

Mengi’tiraf dan menginsafi diri di hadapan Allah atas kekurangan, kelemahan, kealpaan, kelalaian serta mengaku bahawa kita telah banyak melakukan dosa dengan mengingkari perintah Allah sehingga telah menzalimi diri sendiri.

Dengan ini hendaklah kita memperbanyakkan membaca:

Amalan : Doa yang disebut oleh Allah dalam Surah Al-A’raf: 23*:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ.

Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”.
Amalan para ulamak yang dibaca waktu Sahur atau Sebelum Solat Subuh.

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ . لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ. 40 x

4. Berinteraksi Dengan Kaedah Beristighfar & Bertaubat

الإستغفار : طلب العبد من ربه أن يمحو ذنوبه ويستر عيوبه من أسمائه الغفور. أو طلب المغفرة.

Maksudnya:
“Istighfar ialah seorang hamba memohon daripada Tuhannya supaya menghapuskan dosa-dosanya dan menutup keaibannya dari (kelebihan) nama-namaNya iaitu Al-Ghafur. Atau memohon keampunan”.

Berkata Imam Qatadah:

إن هذا القرآن يدلكم على دائكم ودوائكم . فأما دائكم فالذنوب ودوائكم فالإستغفار.

Maksudnya:
“Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan kepada kamu akan penyakit dan ubat kamu. Maka penyakit kamu (punca penyakit) adalah dosa-dosa. Dan ubat kamu adalah istighfar.”
Istighfar Mampu Menolak Bala

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ.

Maksudnya:
“Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal: 33)

Amalan Maka amalkan ISTIGHFAR dan sekurangnya 70-100 x di waktu pagi dan petang.

Membaca SAYYIDUL ISTIGHFAR sekurang 1x pagi dan petang.

5. Berinteraksi Dengan Kaedah Al-Inabah

Para Nabi SAW apabila diuji mereka kembali kepada Allah Ta’ala.

Firman Allah Ta’ala:

وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ فَاسْتَغْفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ .
Maksudnya:
“Dan Nabi Daud mengetahui bahawa Kami mengujinya maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan kembali bertaubat”. (Surah Sad:24)

Pengertian Inabah:

الرجوع إلى الله بالطاعة أو الرجوع من الغفلة إلي الذكر أو الرجوع الى الحق بعد التوبة.

Maksudnya:
“Inabah ialah: kembali kepada Allah dengan melakukan ketaatan atau kembali (kepada Allah) dari lalai kepada ingat Allah atau kembali kepada Al-Haq (Allah)”.

Allah memerintahkan kita sentiasa Inabah.

Firman Allah Ta’ala:

وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ.

Maksudnya:
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (Surah Az-Zumar: 54)

Beramal dan membaca doa- doa berikut:
Amalan Doa Al-Inabah dari Al-Quran dalam Surah Al-Mumtahanah: 4, doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim AS*.

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami kembali (bertaubat) dan hanya kepada Engkaulah kami kembali”.

Doa Al-Inabah: Hendaklah sentiasa membaca doa ini.

وَكَانَ النَّبِيُّ صلى اللهُ عليه وسلم أكثر الناس إنابة إلى ربه، وكان من دعائه ما رواه البخاري ومسلم في صحيحيهما.

Nabi SAW adalah manusia yang paling banyak berinabah kepada Tuhannya. Dan adalah di antara doa Baginda SAW sebagaimana di riwayatkan oleh Imam Muslim & Imam Bukhari dan sahih mereka.

مِن حَدِيثِ ابنِ عَبَّاسٍ رضي اللهُ عنهما قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صلى اللهُ عليه وسلم إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ:”اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيُّومُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ومَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، والنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ. أو لَا إِلَهَ غَيْرُكَ”

Maksudnya:
Dari hadith Saidina Ibnu Abbas RAhuma berkata: Adalah Nabi SAW apabila bangun tahajjud di waktu malam Baginda SAW membaca doa:

“Adalah Rasulullah itu apabila bangun di tengah malam untuk bertahajjud Baginda SAW bersabda: “Wahai Tuhan kami bagiMu lah segenap pujian. Engkaulah Pemelihara segala langit dan bumi dan apa yang ada padanya dan bagiMu lah segala kepujian. Engkaulah Nur segala langit dan bumi dan apa yang ada padanya dan bagiMulah segenap pujian. Engkaulah pemilik segenap langit dan bumi dan apa yang ada padanya dan bagiMu lah segenap pujian. Engkaulah al-Haq dan janjiMu adalah hak, bertemu dengan Engkau adalah hak dan perkataanMu adalah hak dan syurga itu hak dan neraka itu hak. Nabi-nabi itu hak dan Muhammad SallaLlahu Alaihi Wasallam itu hak. Wahai Tuhanku kepadaMu lah aku menyerah, diri dan dengan Engkaulah aku beriman dan kepadaMu lah aku bertawakkal dan kepadaMu lah aku bertaubat dan keranaMu lah aku bertarung dan kepadaMu lah aku meminta penyelesaian dan pengadilan, maka ampunilah aku dan segala apa yang telah ku lakukan, yang telah aku kemudiankan yang telah ku rahsiakan, yang telah ku buat terang terangan. Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan, tiada Tuhan kecuali Engkau sahaja”.

Penutup

Inilah secara ringkas di antara kaedah atau cara atau adab dalam berinteraksi dengan Allah Ta’ala apabila DIA Yang Maha Sempurna telah menguji kita. Yang pastinya kita mesti meyakini bahawa ujian itu adalah bukti ingatan dan kasih sayang Allah kepada kita.

Dalilnya manusia yang paling berat diuji di atas dunia ialah para Nabi & Rasul khusus Nabi SAW yang menjadi kekasih Allah Ta’ala. Insan yang paling disayangi oleh Allah.

Semoga bermanfaat

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor