Home Berita PAS Selangor

TFB PKPD Covid-19 teruskan usaha membantu rakyat – PAS Kawasan Sungai Buloh

13
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Wabak Covid-19 yang menyerang negara kita ini, telah meragut banyak nyawa dan menjejas banyak pihak. Kesan negatif Covid-19 ini melibatkan semua rakyat. Ada diantara mereka yang terkesan dengan biasa dan ada juga yang terkesan dengan sangat teruk.

Penubuhan Task Force Bantuan PKPD Covid-19 oleh PAS Kawasan Sungai Buloh adalah demi membela nasib rakyat yang terkesan di sekitar kawasan Sungai Buloh. Menurut laporan, mereka telah menyerahkan bantuan bekalan makanan asas untuk para pemohon disekitar Kubu Gajah dan Paya Jaras.

PAS Kawasan Sungai Buloh mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang berkongsi rezeki untuk membantu membela nasib penduduk yang terkesan ini. Semoga dilipatgandakan lagi rezeki mereka oleh Allah SWT.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor