Home Berita PAS Selangor

Terus menerus kami bersama anda – PAS Kawasan Sungai Buloh

8
SHARE

May be an image of 2 people, people standing, headscarf and outdoors

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BULOH, 31 Julai – Walaupun Tabung Bantuan Khas PKPD Covid-19 telah ditutup sebelum ini, namun setiap hari PAS Kawasan Sungai Buloh mendapat permohonan yang rata-rata masih sangat terkesan.

“Cik, mohon bantuan, suami masih tidak dapat bekerja, susu anak sudah habis, pampers ada tak cik?, perlukan sedikit bantuan kewangan cik”, inilah antara dialog permohonan bantuan kepada PAS Kawasan Sungai Buloh.

Keadaan sebegini amat membimbangkan mereka, kekurangan bekalan makanan, kesempitan kewangan boleh mengundang kepada kesulitan lain. Justeru, PAS Kawasan Sungai Buloh tetap berusaha semampu yang boleh untuk meringankan sedikit bebanan dan tekanan masyarakat.

Semoga mereka semua dikurniakan kesabaran dan juga diharapkan penglibatan semua termasuk NGO-NGO untuk bersama-sama membantu.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor