Home Berita PAS Selangor

Bakti PAS kepada rakyat tiada henti – PAS Kawasan Kota Raja

9
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 30 Julai – Gerak kerja kebajikan PAS Kawasan Kota Raja melalui NGO KRCAMALSELANGOR diteruskan lagi dan pada kali ini program bermula dari pagi bagi menabur bakti kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan para frontliners negara.

Hari mereka bermula dengan menghantar makanan siap bermasak (makan tengahari dan malam) kepada sebuah keluarga India yang semua ahlinya seramai 13 orang didapati positif Covid-19. Khidmat penghantaran makanan oleh KRCAMALSELANGOR ini sudah masuk hari ke-5.

Sementara, ketua keluarga mereka masih terlantar di ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Menurut mereka, kali ini merupakan kali terakhir khidmat penghantaran makanan bermasak dan hari berikutnya, KRCAMALSELANGOR akan mula menghantar barangan kering dan basah buat keluarga mereka.

Seterusnya, sumbangan kebajikan PKPD untuk sebuah keluarga Asnaf muallaf yang baru melahirkan anak ke-3. Sementara si suami telah tiga bulan kehilangan pekerjaan dan kini mengumpul barang terpakai. Sumbangan berbentuk barangan asas, susu dan ayam mentah telah disampaikan.

Gerak kerja mereka diteruskan dengan menghantar sumbangan makanan siap bermasak DapurAmal dan sumbangan orang ramai yang telah diusahakan Puan Siti Rizana ke Hospital Shah Alam.
Sumbangan yang disampaikan adalah 100 pek makanan bergoreng, 100 pek nasi ayam, nasi gaprek dan 100 pek kuih muih.

Sumbangan sayuran segar organik KebunAmal kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja untuk program sumbangan kebajikan mereka pada hari Sabtu yang bertempat di Markaz PAS Kawasan Kota Raja.

Khidmat automotif KRCAMALSELANGOR diteruskan dengan penghantaran seorang anak Asnaf dan ibu tunggal untuk keprogram vaksinasi di Pusat Perubatan Sunway.

Alhamdulillah program-program kebajikan dan dakwah akan sentiasa disusun atur sebagai sebuah tanggungjawab yang telah diamanahkan jemaah kepada KRCAMALSELANGOR.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor