Home Berita PAS Selangor

Sarapan pagi dihantar menyantuni fronliners negara – DPPK Kuala Langat

7
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA LANGAT, 31 Julai – “Sekitar 200 orang yang telah disahkan positif hadir setiap hari ke CAC untuk dapatkan penilaian samada perlu kuarantin di rumah atau dibawa kehospital”, maklumat Dr Sya kepada Pemuda PAS Kuala Langat.

Ketua Pemuda PAS Kuala Langat, Ust Hanif bersama Pengerusi Khidmat Malaysia, Cikgu Hamdan serta wakil Lajnah Kebajikan DPPK Kuala Langat, Hj Nizam Jusoh telah menghantar sarapan pagi kepada para petugas barisan hadapan. Harini sekali lagi, Hj Nizam dan Fahmie Salihin hantar makan tengahari kepada mereka.

Semoga sedikit sumbangan ini menyuntikkan semangat kepada para petugas barisan hadapan untuk terus berjuang dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada para frontliners negara ini untuk terus memikul amanah negara dalam membawa kearah kemenangan melawan fenomena pandemik Covid-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor