Home Artikel PAS Pahang

ADUN PAS Pahang potong gaji 10%

1569
SHARE

Ustaz Rosli Abdul Jabbar Adun Tanjung Lumpur yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang mewakili semua 8 Adun PAS Pahang menyatakan persetujuan bersama Adun BN Adun DAP di hadapan Menteri Besar Pahang dalam satu pertemuan di Pejabat MB sebentar tadi untuk menyumbang 10% dari gaji ADUN selama 3 bulan berturut-turut.

“Hari ini saya dan rakan-rakan dari UMNO dan DAP berkunjung ke Pejabat Menteri Besar Pahang bagi menyatakan persetujuan kami untuk membantu rakyat dalam situasi Covid19 dengan cara pemotongan gaji ADUN.”

“Saya mewakili 8 ADUN PAS telah bersetuju untuk pemotongan gaji kami sebanyak 10% selama tiga bulan berturut-turut, diharapkan sumbangan kecil kami ini sedikit sebanyak dapat membantu usaha menyekat penukaran Covid 19.”

Ustas Rosli Abdul Jabbar juga berterima kasih dan tahniah juga kepada semua ADUN BN dan DAP yang turut sama bersetuju memotong elaun masing-masing bagi tujuan usaha murni ini.

Semoga Pahang dan Malaysia terus aman dari wabak Convid19 ini insya Allah amin.

pahangterusmaju

pahang1st