Home Berita PAS Terengganu

Terus bergerak setelah bebas jangkitan

14
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sebaik disahkan bebas jangkitan, Ketua Penerangan PAS Terengganu terus bergerak melaksanakan tugasnya sebagai ADUN Wakaf Nempelam.
“Terubat rindu untuk masuk kampung bertemu masyarakat pada hari ini.

“Alhamdulillah, dari pagi hingga petang ini, saya telah menziarahi 22 buah keluarga yang mempunyai kematian sepanjang tempoh PKPD dan tempoh saya dikuarantin yang lalu,” kata beliau melalui coretannya di laman sosial.

Selain ziarah rumah ke rumah dan bertanya khabar, dengan menjaga SOP, beliau melajsanakan tanggubgjawab yang menjadi rutin, hadi mengucapkan takziah kepada penduduk setempat.

“saya telah melawat arwah sebelum ini ketika hayatnya masih ada. Itulah putaran kehidupan kita.

” Hari ini mungkin kita sihat, esok lusa mungkin kita sakit. Namun yang yang pasti kematian tetap menanti kita,’ ujarnya yang baru menamatkan kuaratin di keddiamannya, kerana menjadi ‘kontak rapat’ kepada seseorang yang positif Covid-19.

Oleh itu katanya, beliau juga akan mula mengelilingi DUN yabg diwakili untuk menyampaikan sijil dan hadiah kecemerlangan buat pelajar SPM 2020.

“Ada 114 orang yang telah mendaftar setakat ini di peringkat DUN Wakaf Mempelam.

“Tunggu ya, kita akan pergi secara berperingkat rumah ke rumah kepada yang tinggal dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam,” tambah beliau.