Home Berita PAS Terengganu

Pertandingan video pendek “Jom Duduk Dumoh”

8
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pada awal PKP 3.0 yang lalu, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Wakaf Mempelam telah melaksanakan satu program iaitu Pertandingan Video Pendek “Jom Duduk Dumoh” yang bertujuan untuk mengajak masyarakat terus kekal tinggal di rumah.

“Alhamdulillah, pertandingan ini telah tamat pada minggu lepas dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. Har ini saya hadir sendiri bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

“Suka saya apabila melihat video yang dihasilkan oleh mereka sebelum ini, sangat kreatif ! Mereka juga membuat pelbagai aksi lakonan mengikut kreativiti masing-masing dan pelakon-pelakon juga terdiri dari kalangan remaja sehingga ke kanak-kanak.” ujarnya lagi.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Abdul Hakim bin Muhammad yang telah memenangi tempat pertama kategori kumpulan bagi pertandingan tersebut.

Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, dengan ucapan,” Semoga terus memanfaatkan bakat yang ada untuk terus menghasilkan karya yang lebih berkualiti selepas ini.”