Home Berita PAS Wilayah

Pesakit lumpuh terima sumbangan YB Kak Nuri

48
SHARE

WANGSA MAJU, 30 Jun :Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) hari ini menziarahi seorang pesakit lumpuh separuh badan di Taman Desa Setapak.

Pihaknya juga menyampaikan bantuan kerusi roda untuk kegunaan Halimah Md Jaya, 62, yang lumpuh selain menghidap hipertensi dan diabetes.

Menurut anaknya, Halimah Md Jaya yang tidak mampu bangun dan berjalan merakamkan penghargaan kepada YB Kak Nuri di atas keprihatinan terhadap nasibnya.

“Terima kasih di atas sumbangan ini. Dengan adanya kerusi roda ini, dapatlah saya bergerak lebih mudah,” katanya kepada YB Kak Nuri

Selain itu, YB Kak Nuri berkata sumbangan kerusi roda itu merupakan program Bantuan Kasih anjuran PAS Kawasan Wangsa Maju dan Lajnah Kebajikan.

Beliau menambah bantuan amal itu adalah untuk memupuk sifat toleransi, kasih sayang serta semangat perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum di Wangsa Maju.

“Ini adalah program berterusan YB Kak Nuri dan PAS Kawasan Wangsa Maju, malah kami berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan memerlukan,” katanya

Turut hadir sama Pegawai Khas Pusat Khimat Komuniti,Ahmad Zikri Yazid dan Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Muslimat Wilayah Persekutuan,Puan Zurina Din.