Home Berita PAS Perak

Terus Beramal Sepanjang Syaaban

1323
SHARE

Terus Beramal Sepanjang Syaaban

1. Sempena malam Nisfu Syaaban ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyeru seluruh muslimin dan muslimat agar sama-sama mempertingkatkan amal ibadat memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW, beristighfar, membaca AlQuran, dan berzikir .

Sabda Rasulullah SAW:
إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إِلَّا لِمَشْرِكٍ أَوْ مُشَاحنٍ

Maksudnya: Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)
Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain.

2. Teruskan bermunajat kepada Allah dan penuhilah tempoh PKP ini dengan melipatgandakan amal masing-masing. Semoga Allah SWT memberkati usia kita dan memberikan kita hidayah agar terus istiqamah serta memakbulkan doa kita agar segera berakhir wabak COVID 19 ini.

3. Ya Rahman Ya Rahim,
Kurniakanlah kami kesihatan yang baik, tubuh badan yang kuat, dan keberkatan waktu agar kami dapat terus menggapai redhaMu.

4. Ya Hayyu Ya Qayyum,
Lindungilah kami dari sebarang mara bahaya. Kurniakanlah kepada kami rezeki agar kami dapat bertemu dengan Ramadan, bulan yang sangat mulia dan yang dirindui itu. Allahumma Amin. Perkenankanlah.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Dr Hjh Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
8 April 2020 / 14 Syaaban 1441H