Home Berita PAS Melaka

Terkini : JAM Melaka anjur program derma darah di Mydin MITC

343
SHARE

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 16 Jan : Jabatan Amal Negeri Melaka (JAM) bertindak meneruskan program Amal Mega Blood Donation (AMBD) anjuran Jabatan Amal Malaysia (AMAL) dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

Dua lokasi telah dipilih sebagai lokasi program iaitu Mydin MITC Ayer Keroh untuk hari ini, sementara esok pula akan dijalankan di AEON Bandaraya Melaka dan akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 5 petang bagi kedua-dua hari tersebut.

Program dengan kolobrasi Hospital Melaka ini adalah sebagai langkah proaktif membantu kempen derma darah yang telah diuar-uarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketika berita ini ditulis sekitar jam 10.30 pagi tadi kelihatan beberapa orang penderma telah siap sedia di lokasi program untuk menanti giliran menderma darah.

Pengarah program ini, Mohamad Al-Hafiz Haji Yahya yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka telah menjadi sukarelawan pertama yang menderma secara walk in.

Turut kelihatan menderma darah ialah Timbalan Pesuruhjaya-3 PAS Melaka, Puhat Bedol yang hadir bersama seisi keluarga sebagai tanda sokongan kepada program AMBD ini.

Selain itu, peserta program dilihat sangat menjaga SOP dan penjarakan sosial yang telah ditetapkan dan kelengkapan katil pula boleh menampung enam orang penderma dalam satu-satu masa.

Bagi mereka yang mahu mendaftar secara walk-in boleh datang terus ke kaunter pendaftaran yang disediakan JAM sebelum menjalankan pemindahan darah.

Orang ramai diseru untuk hadir menderma di dalam program ini yang akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 5 petang, sementara yang tidak berkesempatan untuk hadir di Mydin MITC pada hari ini boleh hadir esok di AEON Bandaraya Melaka pada waktu yang sama.