Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Terima Kasih Rakyat Semenyih!

2399
SHARE

Terima Kasih Rakyat Semenyih!

1. Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRK DUN Semenyih menjadi signal kedua selepas PRK Cameron Highlands bahawa rakyat mahukan perubahan terhadap kerajaan sekarang.

2. Untuk kesekian kalinya, PAS menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional seterusnya mengarahkan ahli PAS setempat untuk bersama-sama membantu menambahkan kerusi pembangkang di Selangor.

3. Di kesempatan ini, kami Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada jentera PAS yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen hingga tertubuhnya cawangan baru di Semenyih.

4. Tidak dilupakan buat seluruh pengundi Semenyih yang telah membuat pilihan sebaiknya untuk melihat perubahan sebelum menghadapi PRU-15 akan datang.

5. Besarlah harapan kami agar seluruh ahli PAS terutama Muslimat PAS untuk kita sama-sama melazimi Qunut Nazilah dan Doa Rabitah agar Allah SWT menyatukan hati-hati kita untuk melaksanakan gerak kerja dakwah yang tak akan pernah henti serta menyelamatkan kita daripada kejahatan dan kezaliman musuh.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
3 Mac 2019 bersamaan 26 Jamadil Akhir 1440