Home Berita PAS Kedah

“Terima Kasih Ahli Parlimen Sik”

221
SHARE

Oleh MUHAMAD TARMIZI BIN MOHAMAD

SIK – Penduduk Kampung Lubok Besar Mukim Teloi, Sik di sini kini mampu menarik nafas lega apabila jalan kampung yang menjadi laluan utama mereka kini telah diturap.

Penantian sejak 15 tahun lalu itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Sik merangkap Timbalan YDP PAS Kawasan Sik, YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mengusahakan peruntukan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Menurut seorang penduduk, Hasnah Ismail, beliau sudah lama menunggu jalan kampung ini diturap dari anak sulung pergi sekolah jalan kaki sampai sekarang dah besar.

“Berapa YB sudah bertukar, tapi kali ini boleh juga jalan baru, rasa bersyukur sangat apabila jalan ini telah diturap, terima kasih sangat-sangat kepada Ahli Parlimen Sik, YB Ustaz Ahmad Tarmizi dan tidak lupa juga kepada JPKK, Mohd Faizal Aziz,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Hassan Mastor menzahirkan rasa syukur tidak terhingga apabila beliau dan ahli keluarganya dapat menikmati jalan baru ke rumah mereka.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Lubok Besar merangkap Ketua PAS Cawangan Kampung Lubok Besar, Mohd Faizal Aziz (Ketua PAS Cawangan Kg. Lubok Besar) berkata sudah 15 tahun jalan ini berbatu dan tanah merah, jalan berbukit yang membahayakan pengguna jalan ini.

“Setelah saya memegang JPKK, saya usahakan permohonan kepada Ahli Parlimen Sik, YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Alhamdulillah, permohonan diluluskan sepanjang 300 meter jalan ini diturap, terima kasih kepada Ahli Parlimen Sik dan KPLB,” katanya.