Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Terima Kasih Adiwira Rakyat Malaysia

1888
SHARE

1. PAS Kawasan Labuan merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh petugas kesihatan dan semua pihak yang berusaha menangani wabak Covid-19 yang melanda negara sejak beberapa bulan yang lalu.

2. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan semasa menjalankan tugas menjadi bukti bahawa mereka bersedia dan sanggup untuk berkorban demi memantau dan menjaga kesihatan serta keselamatan orang awam khususnya di bumi Labuan ini.

3. PAS Kawasan Labuan mendoakan agar semua petugas kesihatan dan yang terlibat ini diberikan perlindungan oleh Allah SWT dan terus diberikan kekuatan dalam menjalankan tugas ini. Kami bangga dengan anda.

PAS Kawasan Labuan
25 Rejab 1441H | 19 Mac 2020