Home Berita PAS Selangor

TERBUKTI DAP CUMA PEDULI MALAYSIAN MALAYSIA

1733
SHARE

Roslan SMS

Inilah gambaran yang sebenarnya membuatkan orang Melayu perlu berfikir dua kali sebelum mahu menyokong PH.

Ini adalah perhimpunan besar-besaran terakhir anjuran DAP di Pekan Semenyih bagi membantu calun PH.

Menurut kajian Ilham Centre 62 peratus orang Melayu percaya bahawa kerajaan Malaysia Baru hari ini di bawah cengkaman DAP.

Salahkah orang Melayu beranggapan demikian?

Hari ini pemimpin DAP Ronnie Liu (dua dari kiri di hadapan sekali) mengulas kemenangan BN di Semenyih menuntut agar PH jangan jadi “lebih Melayu” dari Umno dan PAS.

Apakah maksud Ronnie itu?

Beliau tidak mahu kerajaan PH berlembut dan tunduk pada orang-orang Melayu semata-mata kerana tewas di Semenyih.

Lantaran itu bersedialah orang Melayu PAS dan Umno untuk terus menjunjung semangat Cameron Highlands dan Semenyih ini.

Kerajaan PH atas desakan DAP cuma cenderung pada konsep “Malaysian Malaysia” yakni hak sama-rata buat semua. Walau orang Melayu teramai dalam negara tetapi tiada keistimewaan buat mereka sebab keistimewaan sedemikian rupa adalah diskriminasi buat yang minoriti.

Selama-lamanyalah orang Melayu perlu berwaspada terhadap DAP.

Keberanian di Cameron Highlands dan Semenyih wajar dipupuk dan diperkasa. Kuasa politik Melayu Islam perlu bersatu.

Kembalikan maruah agama dan bangsa. Jangan lagi tertipu dan terpedaya.

TERBUKTI DAP CUMA PEDULI MALAYSIAN MALAYSIARoslan SMSInilah gambaran yang sebenarnya membuatkan orang Melayu perlu…

Posted by Roslan on Monday, March 4, 2019