Home Berita PAS Sarawak

Muslimat Bintulu Siap Sedia Terus Istiqomah.

1073
SHARE

Oleh : Laili Muhammad

Bintulu, 3 Mac : Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan kali ke- 8 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu (DMPKB) dengan jayanya bertempat di sebuah hotel sekitar sini, semalam.

Kira-kira 50 orang perwakilan dan pemerhati termasuk pimpinan telah hadir memberikan komitmen untuk sama-sama berbincang tentang hala tuju dan gerak kerja DMPKB pada masa hadapan.

Turut hadir bagi merasmikan mesyuarat merupakan wakil daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak, Saudari Aisyah Muttaqin. Dalam ucapan, beliau menyeru muslimat bersama-sama bermotivasi meneruskan kerja dakwah melalui perkongsian ayat Al Quran, Surah At-Taubah yang bermaksud

โ€œ Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong kepada sesetengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksanaโ€.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Kawasan Bintulu, Puan Fatimah Junaidi dalam ucapan penggulungan beliau menyeru agar semua muslimat membetulkan niat dalam perjuangan ini.

โ€œdalam apa-apa perkara ikhlaskan diri, ingat apa sahaja yang kita buat adalah kerana Allah, kerana dalam dunia ini tiada yang kita kejar selain redha dan syurga Allah. โ€œ

Buat julung kalinya, 2 anugerah telah disampaikan pada kali ini bagi menghargai para pejuang DMPKB. Puan Rohaya Ramli telah diundi sebagai penerima Anugerah Siti Khadijah atas komitmen tinggi beliau kepada DMPKB. Manakala, Anugerah Lajnah Terbaik pula telah disandang oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.

Pada mesyuarat ini juga, muslimat DMPKB telah menjalankan amanah mereka menurunkan undi bagi melantik barisan kepimpinan DMPKB yang baharu.

Semoga semua ahli dapat bersama-sama beristiqamah hingga kemenangan di belakang saff kepimpinan dan bantu membantu satu sama lain.

Siiru ala barakatillah.