Home Berita PAS Melaka

Terapkan konsep muraqabah jayakan self lockdown – Ustaz Wan Zahidi

227
SHARE

Oleh AHMAD KAUTSAR

ALOR GAJAH, 24 Mei: Umat Islam disarankan agar menerapkan konsep ‘muraqabah‘ dalam melaksanakan ‘self lockdown’ untuk mengawal Covid-19, kata Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Negeri Melaka, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail.

“Di dalam Islam, ada satu sifat terpuji yang seharusnya ada pada kita semua, iaitu ‘muraqabah‘ bererti kita sentiasa merasakan diri kita diperhatikan oleh Allah SWT.

“Apabila sifat ini sebati di dalam kehidupan kita, kita akan sentiasa melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT walaupun kita berada seorang diri,” ujar beliau.

Menurut Ustaz Wan Zahidi lagi, dengan berpegang kepada konsep ini umat Islam akan faham tentang betapa pentingnya menjaga segala perbuatan kerana semuanya akan dihisab dan akan dibalas di akhirat nanti.

 

“Sehubungan dengan wabak Covid-19 yang menunjukkan angka yang semakin mencemaskan ini, saya ingin mengaitkan konsep ‘muraqabah‘ ini dengan saranan kerajaan iaitu ‘sekatan pergerakan kendiri’ atau ‘self lockdown’ ini untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 ini.

“Masing-masing perlu berusaha melaksanakan ‘self lockdown‘ ini dan prosedur operasi standard (SOP) yang lain kerana merasakan betapa bahayanya wabak ini, bukan hanya semata-mata kerana saranan dan arahan dari kerajaan,” jelas beliau lagi.

Tambahnya lagi, ‘muraqabah‘ tidak menjadikan seseorang itu melakukan dosa secara senyap-senyap.

“Maka jika ‘self lockdown’ ini diamalkan dengan prinsip ini maka tidak timbul lagi persoalan rakyat hanya patuh kepada SOP di hadapan pihak penguatkuasa sahaja tetapi apabila tanpa pengetahuan pihak penguatkuasa, semua SOP dilanggar,” ujar beliau ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pagi tadi.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .