Home Tazkirah Ramadhan

Terapi Jiwa Melalui Juz 3

846
SHARE

Kehidupan serba canggih dan penuh kenikmatan di dunia sudah tentu menggiurkan hati manusia. Manusia tidak akan merasa puas dengan apa yang dimiliki tambahan pula datang hasutan syaitan supaya manusia menjadikan dunia sebagai matlamat hidup. Kecintaan manusia terhadap harta benda, pangkat dan anak pihak sehingga mengabaikan aspek ubudiyah kepada Allah adalah suatu sikap yang terlarang. Allah telah menegaskan bahawa segala kemewahan yang kekal abadi hanyalah di Syurga-Nya kelak sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan, anak-pinak, harta benda yang bertimbun-timbun daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternak dan kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah) disisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Al-Imran:14)

Marilah sama-sama kita mendidik jiwa agar tidak leka dan terlalu kasih kepada segala kemewahan dan nikmat dunia yang kita kecepi. Bersyukur dan berpadalah dengan apa yang dimiliki serta perbanyakkan infaq agar diri kita tersenarai dalam kalangan orang yang diredhai Allah SWT.

AHMAD BIN YAKOB
3 Ramadhan 1438H

Sila Layari:

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/
https://www.instagram.com/datoahmadyakob/

{jathumbnail off}