Home Tazkirah Ramadhan

Ramadhan: Kita Tahu kan .. 03 PUASA BANKRAP

1999
SHARE

Ramadhan: Kita Tahu kan .. 03

PUASA BANKRAP

Oleh : Nasrudin bin Hassan


Junjungan besar Nabi kita Muhammad saw dari riwayat Abi Hurairah Rha telah bersabda :

Berapa ramai orang yang berpuasa namun tiada apa yang dia perolehi dari puasanya melainkan lapar dan berapa ramai orang yang berjaga malam namun tiada apa yang dia perolehi dari qiamnya melainkan sekadar bersengkang mata. Riwayat Imam Ahmad.

Wahai Pejuang … sia-sia menahan diri dari makan dan minum, pula bangun berjaga malam tetapi tiada pahala yang kita perolehi lantaran kita melakukannya tanpa ikhlas kepada Allah swt dan melanggar adab serta pantang larang kehidupan seorang muslim yang muttaqin. Kita kena mujahadah mengemudi nafsu agar patuh syariah. Tidak sekadar tahan diri dari makan dan minum. Jika tidak, kita bankrap.

Siiru A’la BarakatilLah

Sekian.

{jathumbnail off}