Home Berita PAS Selangor

KENYATAAN MEDIA DPPNS | Jika Pan & Dap Mahu, Pemuda PAS Selangor Lawan 3 Penjuru

1270
SHARE


Kenyataan Rasmi
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS)

JIKA PAN & DAP MAHU, PEMUDA PAS SELANGOR LAWAN 3 PENJURU!

Pemuda PAS Selangor dari awal telah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Apatah lagi sudah dalam jangkaan reaksi yang diberikan oleh DAP dan PAN.

UMNO kekal menjadi musuh didalam politik serta tidak akan berlaku sebarang kerjasama pembahagian kerusi dengan mereka. Ianya merupakan tuduhan liar dan tidak berasas oleh YB Rafizi Ramli. Elok YB Rafizi selesai konflik didalam PH yang berketuakan Penzalim pencen yang bakal kembali BERKUASA !

Sikap ini juga adalah sebagai menyambut apa yang telah diumumkan oleh YB Ustaz Sallehen Mukhyi (Pesuruhjaya PAS Selangor) bahawa PAS Selangor bersedia bertanding sekurang-kurangnya 42 Kerusi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) telah bersedia menghadapi pertembungan 3 penjuru di dalam PRU14 akan datang.

DPPNS telah melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda di setiap kawasan di Selangor. Hanya menunggu sahaja arahan dari pimpinan.

Cabaran dari DAP dan PAN kami sambut dengan lunas DEMOKRASI. PAS hadir didalam masyarakat membawa visi politik Islam yang menjaga agama dan mentadbir negara.

Dalam kemelut yang dihadapi negara secara berterusan PAS sudah mempunyai solusi untuk di hamparkan buat rakyat iaitu DOKUMEN HIJAU dan WAWASAN INDUK NEGARA.

Keberadaan PAS didalam iklim politik tanah air bukan bersifat rakus berkuasa serta memperalatkan emosi rakyat demi kepentingan diri tetapi melaksanakan tanggungjawab besar bagi menegakkan Islam serta menyanggah kebatilan.

PAS membuktikan disaat konflik Menteri Besar Selangor, kita terus mempertahankan mandat rakyat. Rakyat Selangor mampu melihat dengan bijaksana parti politik mana yang mempermainkan kepercayaan mereka sedangkan PAS kekal berprinsip.

Rakyat bijak menilai dari siri-siri kelantangan pimpinan PAS terhadap kemungkaran 1MDB, penyelewangan FGV dan lain-lain. Kami menghadapi siapa sahaja samaada BN atau PH.

Prinsip kami tidak pernah berubah walaupun pimpinan ahli-ahli PAS menghadapi segala onak dan cabaran didalam politik tanah air. Seperti dibunuh dalam peristiwa Memali dan dan tragedi berdarah Lubuk Merbau.

Kami terus konsisten untuk melihat Malaysia yang lebih baik yang menjaga hubungan diantara kaum, keadilan terus ditegakkan, pertumbuhan ekonomi yang cemerlang dan Islam kekal terpelihara.

Moga rakyat terus dapat membuat pilihan yang terbaik buat negara dengan Islam sejahtera seluruhnya.

GREEN4U
BERSIAGA MENUJU FATHU
MARA MENUJU CITA
SEJAHTER BERSAMA ISLAM

Mohamed Sukri Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Selangor

3 Zulhijjah 1438 | 25 Ogos 2017