Home Berita PAS Terengganu

Tempat mencari rezeki dibadai ribut

59
SHARE

Oleh : Hafiz Muhammad

KEMAMAN, 14 Julai – Angin kuat yang melanda beberapa tempat lewat petang semalam di kawasan Kertih, telah menyebabkan beberapa buah premis perniagaan mengalami kerosakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili pergi ke sebuah premis perniagaan tersebut di Kg. Kolam Kertih bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Telaga Papan Kertih, Haji Abu Bakar Ngah.

Tempat kejadian angin ribut yang membadai sebuah premis di Jalan Lapangan Terbang, Kg. Kolam Kertih.
Penyewa premis itu, Noorhayati Othaman, 31, berkata, atap dan tiang di hadapan kedai habis dibadai angin kuat dan mengakibatkan atap berlipat sehingga ke belakang kedai.

“Saya baru sahaja mula berniaga di sini tidak sampai satu bulan, namun apakan daya dengan ujian yang menimpa pada waktu ini,” katanya lagi.

“Kejadian alam memang tidak dapat diagak, insya-Allah kami akan bantu semampu mungkin dari segi kewangan bagi membaiki beberapa kerosakan,” ujar Ir Saiful.