Home Berita PAS Wilayah

Penduduk Kampung Padang Balang terima bantuan YB Kak Nuri

17
SHARE

WANGSA MAJU, 14 Julai: PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Padang Balang menyampaikan bantuan #DAPURRAKYAT daripada Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Binti Mohd Salleh (YB Kak Nuri), di sini semalam.

Menurut YB Senator, bantuan bakul makanan itu bagi meringankan beban penduduk di kawasan PKPD.

Jelasnya, pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan menyebabkan penduduk yang terlibat tidak dapat keluar untuk bekerja dan membeli barangan keperluan.

“Dalam tempoh begini, kita perlu memastikan penduduk terlibat mempunyai bekalan makanan mencukupi. Saya juga memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan untuk melihat keperluan penduduk terutamanya bagi kawasan yang dikenakan PKPD.

“Saya ingin mengajak semua pihak terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama membantu dalam menghulurkan sumbangan ini.

“Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut menyediakan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan,” jelasnya.

YB Kak Nuri turut menyeru semua pihak untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan menasihatkan penduduk untuk terus berada di rumah.

Langkah itu katanya, bagi mengurangkan pergerakan dan hanya keluar sekiranya mempunyai keperluan yang penting.

“Kita perlu kembali mengekalkan Wangsa Maju sebagai zon hijau seperti yang pernah dicapai sebelum ini.

YB Kak Nuri juga mahu semua penduduk untuk memberi sokongan kepada usaha kerajaan menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Menurutnya, pelaksanaan pelan berkenaan adalah penting bagi mengurangkan jangkitan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

YB Kak Nuri sebelum itu ditemui media ketika menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Padang Balang yang dikenakan PKPD.

Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud, Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali dan Ketua PAS Cawangan Kg Padang Balang, Shahidan Hamid.