Home Berita PAS Wilayah

Temasya Sukan Tahunan PASTI Kawasan Wangsa Maju Meriah

1324
SHARE

Wangsa Maju, 5 November 2017 – Temasya Sukan Tahunan PASTI Kawasan Wangsa Maju 2017 yang bertemakan ‘Ciptaan Allah’ telah dilangsungkan di KSL Sport Setapak.

8 buah PASTI dan SRITI di bawah naungan PASTI kawasan telah mengambil bahagian dalam acara sukan antaranya susun huruf vokal, pecah belon dan bawa bola pingpong dalam sudu serta acara kemuncak bagi murid 6 tahun iaitu lari berhalangan dan susun hadis.

Tidak ketinggalan juga acara untuk ibu bapa yg diberi nama ‘musang berjanggut’ dan ‘telefon karat’ bagi meraikan kehadiran mereka.

Temasya yang mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan ini dimulai dengan perbarisan masuk para kontinjen dari seluruh PASTI kawasan diikuti dengan bacaan doa, ikrar sukan dan nyanyian lagu PAS serta PASTI. Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Tn. Hj. Razali Tumirin.

“Pelbagai aksi dan ragam peserta jelas menunjukkan semangat kesukanan dalam diri mereka, bahkan guru-guru PASTI serta ibu bapa juga turut sama memberikan semangat kepada anak-anak PASTI ini”, ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Hadi teruja.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Ustaz Abdul Rani di mana juara keseluruhan Sukan Tahunan ini ialah PASTI Al-Hafiz 1 manakala Juara Perbarisan pula dimenangi oleh PASTI Saidatina Khadijah.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju yang telah menjadi penganjur, para sukarelawan dari Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam temasya kali ini”, kata Ustaz Hadi usai temasya sukan tersebut.