Home Berita PAS Perlis

Bengkel Bahasa Inggeris PASTI Negeri Perlis

920
SHARE

Oleh: Asrul Aimran Abd Jalil

KANGAR : Dalam usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para guru PASTI, PASTI Negeri Perlis telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Bahasa Inggeris pada 17 Julai yang lalu.

Bertempat di PASTI Tarbiyatul Atfal, Jejawi, bengkel selama sehari ini telah melibatkan seramai 128 orang tenaga guru PASTI dari seluruh negeri Perlis.

Para peserta telah berpeluang mengikuti dua slot iaitu slot Sebutan Huruf (Phonics Songs) dan slot Permainan Bahasa.

Menurut Ustaz Noryusry Mansor yang juga Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Perlis, penganjuran program seumpama ini merupakan sebahagian usaha PASTI Negeri Perlis dalam membantu membekalkan ilmukepada para guru PASTI ke arah meningkatkan lagi kemahiran PdPC guru-guru PASTI Negeri Perlis.

Ini katanya, akan membantu para guru dalam melaksanakan PdPC berkesan kepada murid-murid sekaligus dapat membantu mengatasi isu kelemahan membaca dalam kalangan murid-murid PASTI.

Beliau turut memuji komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta yang hadir serta berharap agar segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat dimanfaatkan ke arah meningkatkan lagi pencapaian para murid di PASTI masing-masing.