Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tegas dan Berani, Bawa Legasi Sumayyah

1551
SHARE

Tegas dan Berani, Bawa Legasi Sumayyah

Oleh: Sha’adah

Di sebalik wajah lembut dan perwatakan sopan Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh, wujud jati diri muslimah yang tegas dan berani, persis Sumayyah. Beliau yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia adalah calon yang bakal berentap merebut kerusi P107 Parlimen Sungai Buloh dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini.

Jika sebelum ini Ustazah Nuridah banyak melibatkan diri dalam misi kemanusiaan seperti Misi Kemanusiaan Syria, Myanmar dan Bangladesh serta Misi Korban Filipina dan Kemboja, namun dalam PRU ke 14, beliau membawa misi yang jelas iaitu untuk memartabatkan Islam di bumi Malaysia tercinta.

Beliau yang juga merangkap Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Abqari memiliki Ijazah Usuluddin dari Universiti Malaya. Dengan pengalaman dalam misi dakwah dan kemanusiaan yang luas serta semangat juang yang jitu, Ustazah Nuridah dilihat mampu mewakili suara para wanita Malaysia lantas membela nasib mereka di persada dunia.

#YaAllahMenangkanPAS

#calon #agamawan #PRU14

#undilahPAS #MalaysiaSejahtera