Home Berita PAS Melaka

Tazkirah pagi Jumaat | Paling jauh pun…

1121
SHARE

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم.

Al-Munafiqun 63:10

وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”.

Al-Munafiqun 63:11

وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَاۚ وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Al Quran adalah kalam Allah yang wajib kita beriman sepenuhnya dan apabila Allah berfirman maka sudah pasti tanpa ragu-ragu perkara itu akan terjadi atau sudah berlaku dan pasti ada. Maka renunglah dua ayat Al Quran di atas sehingga ke lubuk hati yang paling dalam dan janganlah kita daripada golongan yang diceritakan oleh Allah di atas.

Golongan di atas diberi nikmat dunia oleh Allah tetapi lupa dan lalai dengan akhiratnya sehingga ketika ajalnya menjelang tiba baru tersedar dan merayu kepada Allah untuk ditangguhkan ajalnya sedikit sahaja lagi untuk melakukan perkara yg dia lupa dan lalai ketika hidupnya iaitu berinfak, bersedekah, mengeluarkan zakat dan menjadi orang-orang yang soleh.

Lihatlah apa jawapan yang diberikan oleh Allah kepada golongan ini. Sedarlah wahai kita semua. Masa yang kita ada tidak diketahui berapa bakinya. Janganlah jadi seperti golongan di atas dan janganlah kalut sangat dengan dunia yang pasti akan ditinggalkan sebab para pembaca yang dirahmati Allah, PALING JAUH PUN KITA BOLEH PERGI IALAH KE TIANG DUA.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua dan digerakkan hati kita untuk melakukan amal-amal yang soleh dan diterima amalan-amalan soleh tersebut serta di masukkan ke dalam syurga bersama-sama dengan junjungan besar nabi Muhammad SAW. Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan apa yang lemah itu saya memohon ampun kepada Allah.

سيروا علي بركة الله.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

#KitaJagaKita
#DemiIslam

USTAZ MOHD. SYAFIQ ISMAIL
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Tangga Batu