Oleh : ANNA TAN
KENINGAU 7 April.- Kutipan 17 markah membolehkan PASTI Zon Tawau menutup Pesta Sukan PASTI Negeri Sabah 2019 selaku juara keseluruhan, di sini, baru-baru ini.
PASTI Tawau turut merangkul johan keseluruhan pertandingan futsal dengan pemain lincahnya adik Syafwan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak .
Manakala bagi pertandingan bola jaring PASTI Tawau berpuas hati menjadi naib johan.
Johan dimenangi oleh PASTI Zon Sandakan.
” Ini adalah satu kemenangan yang sangat bermakna buat anak-anak PASTI yang mengambil bahagian dalam acara bola sepak dan bola jaring kerana mereka mewakili zon Tawau ke peringkat negeri pada kali ini”
” Tidak lupa diucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terilbat dalam menguruskan anak-anak PASTI , khususnya guru-guru pengiring serta ibu bapa yang turut sama memberi sokongan bagi kelancaran kejohanan pada kali ini”. Kata Ketua Kontigen PASTI Tawau, Ilham Samsu.
Pesta Sukan PASTI Negeri Sabah telah diadakan selama sehari dan dirasmikan oleh YDP PAS Keningau , Ustaz Abdul Hisham Othman.
Pesta sukan ini turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah , Tuan Sahar Majid serta Pengarah PASTI Sabah Karim Dolah .
Sebanyak lima kontigen telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini , Kontigen PASTI Tawau , Kontigen PASTI Kota Kinabalu, Kontigen PASTI SANDAKN , Kontigen PASTI Pantai Barat Utara dan Kontigen PASTI Pantai Barat Selatan.