Home Artikel PAS Perlis

Kemeriahan Warnai Sukan PASTI Arau

120 views
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

ARAU : Temasya Sukan PASTI Kawasan Arau telah berlangsung dengan jayanya pada 6 April yang lalu bertempat di Kompleks Pendidikan MADI, dekat sini.

Dua acara utama dipertandingkan iaitu bola sepak dan bola jaring manakala acara tarik tali dan sukaneka turut diadakan.

Kehadiran para ibu bapa dan penonton yang memenuhi kawasan tepi gelanggang pertandingan turut menambah kemeriahan temasya kali ini.

Pasukan daripada PASTI Darul Hikmah iaitu PASTI Darul Hikmah A dan B mengungguli acara bola sepak apabila masing-masing berjaya mendapat tempat pertama dan kedua manakala pasukan tempat ketiga bersama dimenangi oleh PASTI Luqmanul Hakim dan PKPM FR.

Bagi acara bola jaring pula, johan menjadi milik PASTI Al Furqan B sementara PASTI Al Huda A di tempat kedua. Tempat ketiga pula dikongsi bersama PASTI Al Furqan A dan PASTI Darul Hikmah.

Sementara itu, PASTI Al-Fateh pula telah muncul sebagai johan acara tarik tali mengatasai PASTI Luqmanul Hakim dan PASTI Al-Furqan yang meraih tempat kedua dan ketiga.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh ADUN Guar Sanji yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, YB Mohd. Ridzuan Hashim dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Arau, Puan Hajah Latifah Bt Mat.

PASTI Al-Furqan telah dinobatkan selaku Kontinjen Terbaik Temasya Sukan PASTI Kawasan Arau 2019.