Home Artikel PAS Wilayah

Sokongan Masyarakat Ibukota Terhadap PAS Meriah

1,014 views
SHARE

SETIAWANGSA, 10 Mac : PAS Setiawangsa dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Setiawangsa telah menganjurkan siri ceramah kelompok 6.0 yang dilangsungkan di Medan Selera, Tasek Seri Rampai, Setiawangsa dalam siri dakwah dan penerangan kepada masyarakat terutama masyarakat ibukota.

Yang DiPertua PAS Setiawangsa, Abd Halim Hassan menyifatkan ceramah kelompok yang mendapat sambutan meriah ini penting sebagai salah satu usaha PAS untuk memberi penerangan isu semasa kepada masyarakat ibukota secara berterusan khususnya masyarakat ibukota yang sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian hingga kurang mendapat maklumat yang sebenar berkaitan perjuangan PAS dalam menyelesai kemelut yang dihadapi negara dan rakyat masa kini.

‘Masalah ekonomi yang dihadapi rakyat kerana antaranya berlaku pengagihan kekayaan yang tidak sempurna dimana harta kekayaan hanya berlegar di kalangan orang kaya. Ini ditegah oleh Al- Quran ’ ujar beliau dalam pidatonya mengingat hadirin akan ketidak adilan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin meningkat.

Pada majlis tersebut, tiga orang penceramah lagi telah memberi ucapan dengan penuh bersemangat dalam pelbagai isu-isu semasa termasuk tawaran PAS pada PRU 14 iaitu Exco Pemuda PAS Pusat, Syahir Sulaiman , Ketua Urusan Ulamak Setiawangsa, Shahir Safwan dan Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla.

Majlis tersebut juga disiarkan secara langsung menerusi ‘fb live ‘ PAS Kawasan Setiawangsa dan mendapat maklumbalas yang amat positif.