Home Artikel PAS Johor

Tautan Mahabbah Aidil Fitri PAS Muar

84 views
SHARE

MUAR : Sempena kedatangan Syawal, PAS Kawasan Muar telah mengambil inisiatif mendekati masyarakat serta mengukuhkan lagi mahabbah sesama ahli dengan program marhaban dan jamuan hari raya.

Program marhaban adalah gabungan dua Dun iaitu Dun Maharani dan Dun Sungai Balang telah diadakan bermula dari 28 Jun 2018 hingga 9 Julai 2018.

Program bermula di Dun Maharani dengan melibatkan 4 cawngan sementara di Dun Sungai Balang 8 cawangan.

Sebanyak 17 buah rumah telah dapat dikunjungi oleh rombongan marhaban PAS Muar yang melibatkan AJK PAS Kawasan Muar, DPPK, DMPK, Dewan Ulama, Jabatan Amal Muar, Briged Muslimat dan Nusaibah.

Program kemuncak ialah Jamuan Aidil Fitri PAS Kawasan Muar yang diadakan di Pasti Al Hidayah, Parit Bulat. Antara jemputan khas yang hadir ialah Dr Fuad Salleh, AJK Pas Pusat dan Ustaz Juwahir Amin, Ketua Pemuda PAS Johor. Rombongan dari MACMA Muar turut hadir walaupun agak lewat sampai kerana terpaksa memenuhi undangan dari Pejabat Kadi dan PAS Bakri terlebih dahulu.

Menurut kata YDP PAS Kawasan Muar , Hj Abd Aziz Talib moga program marhaban dan jamuan hari raya kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat di kedua-dua Dun dan mampu mengukuhkan lagi kesatuan jemaah ini demi memartabatkan Islam.