Home Artikel PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 03 | Membenar Janji Allah

417
SHARE


Tausiyah Ramadhan DUPNS 03

Membenarkan Janji Allah

Melaksanakan syariat ialah untuk membenarkan janji Allah. Kita bersedekah kerana membenarkan janji Allah bahawa dengan sedekah kita tidak akan menjadi miskin dan papa kedana akan tetapi dibalas dengan gandakan ganjaran sehingga 700 kali ganda.

Begitu juga berpuasa, kita membenarkan janji Allah bahawa bukanlah dengan puasa kita menjadi lemah dan lembik. Malah tahun pertama puasa disyariatkan, di situlah kemenangan pertama Islam dalam peperangan Badar al-Kubra.

Inilah sikap pejuangan Islam membenarkan janji Allah dengan melaksanakan syariat-Nya.

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor