Home Artikel PAS Perak

Penjawat Awam Disantuni Wakil Rakyat PAS

352 views
SHARE

Penjawat Awam Disantuni Wakil Rakyat PAS


BAGAN SERAI : Pengorbanan penjawat awam yang sentiasa memberikan khidmat terbaik perlu diberikan penghargaan bahkan peranan mereka dalam menguruskan keperluan masyarakat tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

Kunjungan yang dilaksanakan sebagai satu usaha memberikan penghormatan kepada penjawat awam disamping dapat mengeratkan silaturrahim bersama mereka.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Serai, YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan berkata demikian ketika siri kunjungan di beberapa lokasi seperti Bomba , JPAM, POS Malaysia Berhad , ,PEJABAT JPS ,Pejabat Agama Daerah Kerian , PEJABAT IADA, BALAI PENGHULU ,BANK ISLAM , BANK RAKYAT , semasa di KLINIK KESIHATAN, 25 Mei lalu.

Beliau yang juga merupakan Adun Gunong Semanggol berkata, pertemuan seumpama itu memberikan peluang dan ruang menyantuni mereka serta berkongsi pendapat antara satu sama lain.

Mereka turut menerima taqwim berbuka puasa dan kurma ekslusif dari PAS Bagan Serai.

Turut bersama dalam kunjungan tersebut, Pesuruhjaya PAS Perak; Razman Zakaria, Adun Selinsing; YB Husin Din dan beberapa AJK PAS Kawasan Bagan Serai.

{jathumbnail off}