Home Berita PAS Selangor

Task Force Bantuan PKPD terus menghulurkan bantuan – PAS Kawasan Sungai Buloh

24
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | PAS Kawasan Sungai Buloh melalui Task Force Bantuan PKPD Covid-19 meneruskan lagi penyerahan bantuan bekalan makanan asas untuk yang memohon di sekitar Kota Damansara, Paya Jaras dan Seri Pristana.

Menurut laporan, semakin hari semakin tinggi permohonan. Melihat daripada perkembangan ini, penduduk semakin terhimpit dengan bebanan bekalan asas dan kewangan akibat daripada perlaksanaan PKPD ini.

Justeru, Khidmat Malaysia Sungai Buloh terus membuka sumbangan untuk sesiapa yang ingin berkongsi rezeki dengan masyarakat sekitar yang masih memerlukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor