Home Berita PAS Selangor

KM Petaling Jaya sampaikan pampers dan susu kepada pemohon – PAS Kawasan Petaling Jaya

18
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya menyatakan rasa syukur kerana dapat melaksanakan amanah jemaah dan para penyumbang sebaik mungkin dengan menyerahkan sumbangan kepada para pemohon.

Misi mereka kali ini adalah menyampaikan bantuan pampers dan susu kepada keluarga-keluarga yang memohon. Menurut mereka daripada 24 pemohonan hanya 14 pemohon saja yang dapat ditunaikan, akibat kekurangan dana.

Menurut Ketua Operasi Khidmat Malaysia merangkap Komandan Jabatan Amal Kawasan Petaling Jaya, Ustaz Zulkifli Bin Mohd Noor, mereka akan berusaha sebaik mungkin mendapatkan dana agar masalah ini diselesaikan juga nanti.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke akaun berikut :

Akaun : IKATAN KESATUAN WANITA DAERAH PETALING
Bank : Maybank
No. akaun : 5641-8240-2855

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor