Home Berita PAS Selangor

Khidmat Amal Vaksin di KK Bandar Seri Putra – JAMK Hulu Langat

21
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | “Saya datang untuk ambil vaksin hari ini.,”kata abang penerima vaksin.”Tuan boleh pergi ke kaunter daftar bertemu dengan petugas amal daripada JAM Hulu Langat disana”, kata petugas Amal Vaksin. Itulah antara perbualan mesra antara penerima vaksin dan anggota Amal Vaksin yang bertugas disana.

Memetik kenyataan PAS Kawasan Hulu Langat, pihak Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra telah berikan kepercayaan buat kali ke-4 kepada sukarelawan Amal Vaksin daripada Khidmat Malaysia dan JAMK Hulu Langat.

Tenaga kerja mereka kali ini adalah seramai 8 orang bergilir 2 shif pagi dan petang untuk tugasan di kaunter sambut penerima vaksin, pendaftaran dan pemantauan selepas suntikan vaksin. Menurut laporan seramai 80 penerima yang akan menerima vaksin pada hari ini.

Semoga dipermudahkan urusan ini dan juga semoga dengan jalinan kerjasama ini dapat membantu kerajaan didalam mencapai sasaran 80% imuniti berkelompok dengan segera disamping kita patuhi SOP dan self lockdown bagi cegah penularan wabak Covid-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor