Oleh TASNIM
SIK, 9 Jan – Tasik Beris Extreme Endurace 2022 mencatat sejarah apabila mendapat penyertaan paling tinggi dalam Malaysia, dalam penganjuran sukan ekstrem, semalam.
Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata program yang berlangsung sejak hari Jumaat itu berakhir pada jam 6.30 petang semalam mencatat sejarah apabila mendapat penyertaan paling tinggi dalam Malaysia untuk Program Extreme Endurance.
“Seramai 622 penyertaan diterima dari seluruh Semenanjung Malaysia bagi 8 kategori yang dipertandingkan.
“Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini iaitu Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) serta Persatuan Aktiviti Lasak Sik (PALS) /Sik Motocross Club (SMC),”ujarnya.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik dalam satu kenyataan memaklumkan penganjuran ini melibatkan tujuh kategori terbuka dan satu kategori tertutup Sik.
Juara membawa pulang wang tunai sehingga RM1200.00 serta trofi mengikut kategori.
Turut hadir, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Takiyuddin Hassan, dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Awang Hashim.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa program sukan lasak akan menjadi satu lagi pusat kegiatan dan mercu tanda industri pelancongan sukan di negeri Kedah.