Home Berita PAS Selangor

TARBIYATUL SYABAB | Wahyu VS Akal

582
SHARE


TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam

(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)

RAMADHAN 11 / 1438 H
“RAMADHAN : WAHYU VS AKAL”

[Surat Al-Baqarah 213]

“Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata,

Mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).”

Dimulai dengan ayat Allah SWT yang menyatakan punca manusia lari daripada agama Allah adalah kerana hasad serta manusia fikir mereka lebih pandai dan bijak dari Allah.

Ramadhan sepatutnya penyelesai pada konflik wahyu vs akal. Perlaksanaan perintah puasa manifestasi pada menjunjung wahyu. Akal orang beriman akan patuh sebaliknya yang kufur memberontak. Namun satu fenomena yang berlaku, ibadah puasa dipatuhi wahyu namun sebahagian perintah yang lain membelakangi wahyu serta mengangkat akal semata.

Sememangnya Allah SWT angkat kemuliaan pada manusia itu dengan akal. Akal dapat memahami ilmu. Dengan ilmu manusia dibimbing menerima hidayah Allah. Imam Sa’id Hawa hafizahullah ada menyebutkan :

(Ilmu adalah Imam pada amal dan amal mengikutnya iaitu ilmu)

[Surat Al-Baqarah31-32]

“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Akal manusia perlu dibimbing dengan wahyu Allah. Jika tidak sesat. Lahir golongan yang kagum dengan diri sendiri disebabkan bacaan akal semata-mata. Aliran pemikiran sekarang yang menguasai ialah liberalisme, sosialisme. Tahun 80an kuat dengan fahaman sekularisme. Permisahan antara negara dan agama. Kesemua aliran fahaman itu jauh sesat dari ajaran Islam.

USHH
#akupemudapas
#undilahpas