Home Berita PAS Perak

Rayuan Pesuruhjaya PAS Perak Dibenarkan

831
SHARE

Rayuan Pesuruhjaya PAS Perak  Dibenarkan


Mahkamah Tinggi Ipoh pada 5 Jun 2017 telah membenarkan rayuan Bendahari Pas Pusat, Haji Razman Zakaria terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh yang membatalkan tuntutan balasnya terhadap Mohamad Nizar Jamaludin.

Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini, pada 24 November 2016 telah membenarkan permohonan Nizar membatalkan tuntutan balas Razman terhadapnya.

Tuntutan balas Razman terhadap Nizar adalah berhubung satu kenyataan media yang ditandatangani oleh Nizar pada 21 Mac 2015 (yang ketika itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak) yang tertera di kenyataan media tersebut sebagai mewakili Pas Perak yang mana Razman mendakwa Nizar bertindak demikian tanpa kebenaran dan pengetahuannya yang merupakan Pesuruhjaya Pas Perak.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, YA Tuan Anselm Charles Fernandis ketika memberikan penghakiman turut memerintahkan Razman meminda tuntutan balasnya dengan memasukkan perkataan yang didakwa oleh Razman bahawa Nizar telah memfitnahnya. Kos rayuan sebanyak RM6,000 perlu dibayar oleh Razman kepada Nizar.

Mahkamah turut memutuskan isu misfeasance dan nonfeasance yang turut dibangkitkan oleh Razman sebagai kausa tindakan di dalam rayuan tidak diterima kerana Nizar bukan penjawat awam.

Berikutan keputusan mahkamah tinggi itu, tuntutan balas Razman terhadap Nizar tersebut akan turut dibicarakan bersesekali dengan tuntutan Nizar terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ipoh di mana tarikh perbicaraan berkenaan akan ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, kelak.

Tuntutan Nizar terhadap Razman adalah berhubung satu berita yang diterbitkan oleh Sinar Hadrian pada 2 Jun 2015 yang mendakwa Razman telah memfitnahnya.

Pada prosiding hari ini Razman yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Perak diwakili pasukan peguam dari Lajnah Undang-undang Pas, Mohd Zamri, Ahmad Azhar dan Mohd Harris.

{jathumbnail off}