Home Berita PAS Pahang

PAS Temerloh Santuni Warga Miskin Tanpa Mengira Kaum

796
SHARE

Ziarah mahabah oleh PAS Temerloh hari ini di sekitar Batu 3, Jalan Karak, Temerloh untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa warga yang kurang bernasib baik dari kalangan kaum India.

Ziarah ini diketuai oleh Cikgu Roslan bin Ahmad, pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Temerloh dan diiringi oleh YDP PAS Temerloh, Ustazan Salamiah Mohd Nor yang Ketua Muslimat PAS Pahang dan AJK LPN Temerloh.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang dihimpit dengan kos sara hidup yang mendesak disamping mendengar sendiri keluhan mereka.

Kesemua mereka tidak mempunyai rumah dan tanah sendiri. Mereka menyewa rumah yang serba dhaif antara RM150 hingga RM250 sebulan.

Sebahagian besar mereka tidak mempunyai pekerjaan. Hanya segelintir yang berkerja di kilang papan berdekatan dengan hanya pendapatan RM35 sehari.

Like & share : https://facebook.com/perpaduan.nasional

{jathumbnail off}