Home Berita PAS Sarawak

Taqwa Sebagai Tunjang Utama Gerakan PAS

682
SHARE

MIRI, 31 Julai – Taqwa merupakan elemen penting dalam melahirkan jati diri setiap ahli gerakan parti. Hal ini dapat membantu jentera pilihanraya PAS menghadapi cabaran dakwah masa kini ucap Hamdan Sani semasa Konvensyen Menuju Kemenangan PAS Negeri Sarawak (KOMPAS) Sabtu lalu.

Beliau mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, turut menyatakan bahawa kunci dan panduan dalam sesebuah gerakan dakwah adalah hidup secara berjemaah dalam suasana mengikut acuan Al-Quran.

Tambahnya lagi sasaran dakwah di negeri Sarawak, perlu diberi tumpuan lebih mendalam ke arah memperkenalkan Islam yang syumul.

Tujuannya untuk melahirkan rasa hormat-menghormati sesama penganut agama yang pelbagai di negeri ini disamping mendekatkan masyarakat dengan cara hidup yang disyariatkan oleh Allah SWT.

Malah ujar beliau, cabaran berdakwah terhadap masyarakat berbilang kaum di Sarawak adalah usaha ahli PAS untuk menonjolkan imej Islam yang sebenar.

Beliau turut menyeru seluruh peserta KOMPAS untuk merebut ganjaran syurga dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam misi dakwah yang dilaksanakan. 

“Bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,” ujarnya memetik ayat 113 Surah Ali-Imran di akhir perbahasan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden.

 

{jathumbnail off}